Sebut sahaja ‘rendang’ mesti ramai yang akan fikir tentang rendang ayam mahupun daging kan? Tapi apa kata kalau kali ini kita tukar daging dan ayam ke KETAM pula.

Menarikkan bunyi dia? Hehe. Okay jom kita tengok bahan yang diperlukan dan cara penyediaan.

Bahan-bahan :

  • 1kg Ketam

Bahan yang perlu dikisar :

  1. 5 batang cili kering
  2. 5 biji bawang merah
  3. 2 biji bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 inci kunyit
  6. 3 batang serai
  7. sedikit belacan jika suka
  8. Santan dari 1 biji kelapa
  9. Asam keping
  10. Daun kunyit dimayang halus
  11. Daun limau purut jika suka
  12. Garam dan serbuk perasa

Cara penyedian :

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ketam dan goreng seketika.
  3. Masukkan santan dan asam keping.
  4. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Masak hingga ketam masak.