6 Punca Kenapa Mata Merah Ketika Memakai Contact Lens
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai contact lens tetapi setiap kali pakai mesti mata akan jadi merah. Haa itu memang normal tetapi kalau anda biarkan ia tanpa mengambil langkah penjagaan ia akan merebak.
Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan mata anda sakit dikemudian hari. Jangan ambil mudah, cepat dapatkan rawatan seperti jumpa doktor yang pakar atau titiskan solusi khas untuk mata. Cuba elakkan diri dari memakai contact lens sekurang-kurangnya selama seminggu.
Jom ketahui 6 punca punca mata anda merah ketika anda memakai contact lens:
- KANTA TERBALIK
Nampaknya mata anda sedang berada di dalam ‘zon’ tidak selesa. Besar kemungkinan kanta yang anda pakai itu terbalik. Cuba perhatikan betul-betul kanta kamu berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Jika ia separuh bulat dan lebar itu tandanya ia dalam keadaan sempurna, tetapi kalau sebaliknya bermakna anda memakai kanta dengan posisi yang salah atau terbalik.
- TANGAN TIDAK BERSIH
Sebelum anda memakai kanta lekap dengan menggunakan jari, tangan anda sudah berada dalam keadaan bersih atau tidak? Jika tidak, tidak hairanlah kenapa mata anda terasa pedih! Itu bermakna kanta anda atau bola mata di jangkiti oleh bakteria yang terlekat di jari.
- AIR RENDAMAN DI JANGKITI BAKTERIA
Ada yang memandang remeh ketika merendam kanta lekap. Bagi mereka air mineral atau paip boleh dijadikan sebagai solusi khas untuk merendamkan ia selama semalaman. Namun, hakikatnya salah! Air tersebut kemungkinan besar boleh memberi infeksi pada mata. Bukan itu sahaja, anda juga harus rajin menukar air rendaman dengan menggunakan air solusi sekurang-kurangnya sehari sekali.
- KANTA TERLALU KERING
Kanta yang terlalu kering juga boleh menyebabkan mata anda kemerahan. Ini kerana, kanta akan menjadi semakin kasar dan keras. Keadaan ini sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan mata anda tercalar atau luka. Jika terjadi situasi seperti ini gantikan sahaja kanta tersebut dengan kanta yang baru.
- SUDAH EXPIRED
Tak perlu bertanya pada sesiapa, cuba tanya pada diri sendiri berapa lama tempoh anda sudah gunakan kanta itu? Kalau lebih dari sebulan besar kemungkinan kanta tersebut sudah tamat tempoh. Jadi tetapkan amalan menukar kanta setiap bulan untuk langkah penjagaan.
- MATA KERING
Mata terlalu kering juga boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan. Untuk penyelesaian yang membantu, cuba titiskan moisturizer khas untuk mata. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan mata.
Sumber : Remaja