Petua Untuk Mendapatkan Lesung Pipit
Tidak dinafikan individu yang mempunyai lesung pipit sememangnya mempunyai kecantikkan yang luar biasa. Mungkin ada sesetengah beranggapan lesung pipit seperti kecacatan yang ada pada wajah seseorang tetapi anda silap!
Lesung pipit boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang unik dan ia dapat menarik perhatian. Jom Abang Brian ‘belanja’ beberapa senaman ringkas untuk mendapatkan lesung pipit.
Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam
Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus menutup.
Tekan dan tahan lekukan pipi
Tentukan kawasan pipi di mana letak lekukan paling dalam. Pegang bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Pegang terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.
Terusan senyum dan luncurkan jari bila perlu
Secara beransur-ansur buatlah ekpresi tersenyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar ketika senyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda senyum dengan lebar. Tekan kawasan lesung pipi yang anda inginkan secara perlahan-lahan dengan hujung jari.
Teruskan menekan selama 30 minit atau lebih
Untuk melatih pipi anda agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu menekan lekukan tersebut secara perlahan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Semakin lama anda menekan, semakin lama pula lekukannya akan kekal di situ.
Ulang setiap hari
Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Setelah satu bulan tetapi anda masih belum mendapatkan lesung pipit, maka anggap saja anda tidak bernasib baik. Tapi tak salah kalau nak mencuba, bukan?
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Wanista






