Tidak dinafikan individu yang mempunyai lesung pipit sememangnya mempunyai kecantikkan yang luar biasa. Mungkin ada sesetengah beranggapan lesung pipit seperti kecacatan yang ada pada wajah seseorang tetapi anda silap!

Lesung pipit boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang unik dan ia dapat menarik perhatian. Jom Abang Brian ‘belanja’ beberapa senaman ringkas untuk mendapatkan lesung pipit.

dimple1-e1479870121896

Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam

Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus menutup.

dimple2-e1479870199657

Tekan dan tahan lekukan pipi

Tentukan kawasan pipi di mana letak lekukan paling dalam. Pegang bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Pegang terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.

728px-get-dimples-naturally-step-14-e1479871103341

Terusan senyum dan luncurkan jari bila perlu

Secara beransur-ansur buatlah ekpresi tersenyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar ketika senyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda senyum dengan lebar. Tekan kawasan lesung pipi yang anda inginkan secara perlahan-lahan dengan hujung jari.

dimple4-e1479871295318

Teruskan menekan selama 30 minit atau lebih

Untuk melatih pipi anda agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu menekan lekukan tersebut secara perlahan sekurang-kurangnya selama 30 minit. Semakin lama anda menekan, semakin lama pula lekukannya akan kekal di situ.

dimple5-e1479871768376

Ulang setiap hari

Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Setelah satu bulan tetapi anda masih belum mendapatkan lesung pipit, maka anggap saja anda tidak bernasib baik. Tapi tak salah kalau nak mencuba, bukan?

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Wanista