Sarapan pagi merupakan ‘mak’ segala makanan. Haa maksudnya, dari sarapan itu lah anda kena mula menjaga permakanan dan sarapan sangat penting. Macam mana anda perlukan mak anda, begitu juga tubuh anda memerlukan sarapan.

Jom kita tengok antara sarapan yang sangat baik untuk memulakan hari anda.

  1. Telur dadar yang dicampurkan dengan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saderi, atau cendawan juga merupakan pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi kandungan protein.
  2. Roti bakar yang berserat tinggi cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.
  3. Sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan terbaik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.
  4. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
  5. Semangkuk salad sudah mencukupi untuk sarapan dan ia boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat serta rendah lemak.

Haa tunggu apa lagi? Bolehlah cuba sarapan diatas bermula esok pagi!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : mariafirdz