Resepi Acar Buah Paling Senang
Menu ‘Acar Buah’ sentiasa menjadi santapan utama ketika berada di rumah pengantin. Yela mana taknya, cara untuk menyediakan acar buah ini pun bukanlah sesuatu yang merumitkan dan tidak hairanlah jika ia sentiasa menjadi hidangan utama buat si pengantin untuk menjamu tetamu yang hadir.
Jom Abang Brian kongsikan cara-cara untuk menyediakan acar buah paling simple tetapi rasanya……..SUPERB!
Bahan Rempah
- 4 ulas bawang merah kecil
- 1 inci halia (ditumbuk lumat)
Bahan Lain
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- minyak masak
- 3 sudu besar cili blender
- bijan (goreng kering)
- 2 sudu besar tomato puri
- cuka
- kayu manis dan bunga lawang
- garam dan gula secukupnya
Cara Membuat Acar Buah
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan kayu manis, cili yang sudah di blend, dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan tomato puri bersama serbuk kari dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan bahan lain dan kacau hingga rata. Jangan lupa taburkan gula dan garam secukup rasa.
- Anda juga boleh taburkan jenis buah yang anda inginkan ke dalam resepi ini.
- Akhir sekali, taburkan dengan bijan.
SELAMAT MENCUBA!