Kita semua pasti pernah mempunyai masalah jerawatkan? Tidak kisahlah sama ada ia teruk mahupun tidak. Ketika permukaan wajah dipenuhi bintik-bintik merah yang membengkak dan memeritkan, kulit juga semakin berminyak dan adakalanya bagi kes yang lebih teruk, radang juga mula muncul.

Jerawat bukan sahaja menjadikan rupa wajah seseorang menjadi tidak menarik bahkan seolah meragut keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan khalayak umum.

Mari kita lihat bagaimana satu petua ini berkesan dengan dapat memulihkan sekaligus membunuh jerawat degil pada permukaan wajah.

Pembersih intim atau pembersih wanita sebenarnya mengandungi PH rendah yang baik untuk kulit. Ia bertindak secara lembut untuk membersih wajah sehingga ke permukaan paling dalam yang kemudian bertindak mempengaruhi kulit untuk jadi lebih sihat dan bebas dari jerawat degil (mematikan jerawat).

Ramai sebenarnya yang telah mencuba menggunakan cara ini untuk memulihkan masalah jerawat mereka. Mungkin cara ini berkesan dan berupaya membantu anda di luar sana yang buntu mencari solusi mahupun produk bersesuaian. 

Kata mereka, selepas menggunakan cara ini, jerawat lebih cepat kecut dan semakin berkurang dalam beberapa tempoh selepas mengamalkannya.

this-e1483951629131

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan gel atau sabun pembersih wajah di luar sana adalah tinggi dengan PH (Potential Hydrogen) membuatkannya kulit menjadi kering dan sensitif. Oleh itu, adalah wajar untuk seseorang memerhati produk yang digunakan ke atas wajah. 

Pastikan PH produk adalah stabil dengan sedikit asid iaitu 5.5. Jika terlalu alkali, ia juga akan menyumbang kepada masalah sensitiviti kulit.

Sumber : Wanista