Haa kepada anda yang gilakan makanan pedas, boleh cuba resipi yang Abang Brian nak kongsikan ini. Yela, ada sesetangah individu memerlukan sekurang-kurangnya satu lauk makanan pedas sebagai penambah selera.

Kali ini, Abang Brian akan kongsikan resepi AYAM BAKAR CILI API yang pasti akan membuat anda terangkat! Sebenarnya nak masak ini senang sahaja, apa yang penting effort! Gitchew!

Okay, jom  kita lihat antara bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. 

Bahan-bahan:

  • 1 ayam ( lebih kurang 1.5kg) , dibersihkan
  • 1 oren

Perapan:

  • 2 sudu besar mentega cair
  • 1 sudu besar herba italian campuran (atau campuran oregano, thyme dan rosemary)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 30g mentega,(dipotong dua spt dlm video), disejukkan
  • 2 cili api
  • 1 kentang, diptong dadu
  • 1 lobak merah, dipotong dadu
  • segenggam tomato ceri

Cara penyediaan:

  1. Sumbatkan ayam dengan oren dan ikatkan kakinya supaya oren tidak terkeluar semasa dimasak.
  2. Campurkan kesemua bahan perapan dan sapukan atas ayam yang telah diletak dalam loyang pembakar..
  3. di bahagian dada antara kulit dan isi ayam, masukkan kepingan mentega (ini akan membantu menjadikan kulitnya ranggup) dan cili api.
  4. Dalam loyang pembakar yang sama, masukkan sayuran pilihan, kali ni brian guna kentang, lobak merah dan tomato ceri sahaja. (anda boleh gunakan sayuran lain juga seperti lada benggala, terung, etc). tuangkan bahan perapan yang berlebihan ke atas sayuran dan gaul mesra.
  5. Bakarkan dlm ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk lebih kurang 45mins sehingga 1 jam (ikut saiz ayam). tusukkan dengan pencungkil gigi utk tahu sama ada dah masak belum- kalo jus yang mengair keluar lutsinar dan tiada darah maksudnya dah masak.