Penyakit lelah merupakan salah satu penyakit yang agar berbahaya jika tidak diatasi dengan cepat. Paling menyedihkan jika ia berlaku kepada anak yang masih kecil.

Pada masa sekarang pelbagai ubat dan alatan moden yang digunakan untuk mengurangkan penyakit lelah tetapi semuanya memerlukan kos yang tinggi. 

Apa kata anda cuba cara tradisional yang menggunakan bahan semulajadi dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Jom kita lihat: 

Petua #1

  • Masukkan sedikit halia, cekur, temulawak dan asam jawa ke dalam periuk
  • Masukkan air sehingga 2 kali aras ketinggian bahan-bahan tadi
  • Renehkan atas api sederhana sehingga mendidih
  • Tutup api dan biarkan sehingga sejuk pada suhu bilik
  • Minum air rebusan tersebut
  • Hasilnya anda akan merasa penafasan yag ringan dan lancar

Petua #2

  • Ambil 3 genggam pucuk ribu-ribu, seulas bawang putih, 17 biji lada hitam dan sedikit garam
  • Bungkus bahan-bahan tersebut dengan daun pisang dan layurkan atas api sehingga masak
  • Makan sehingga habis
  • Lakukan 3 hari berturut-turut