Penyakit tiroid ini biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Akan tetapi, tahap keseriusan itu sahaja yang berbeza mengikut individu.

Pesakit tiroid ini akan kelihatan sihat seperti biasa dan kadang-kadang boleh menjadi teruk. Mereka tidaak akan kelihatan seperti sakit cuma bagi pesakit hyperthyroid, kebiasaannya rambut mereka akan menipis atau terus botak akibat keguguran rambut yang kronik, mereka juga sangat kurus kerana penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, nampak cengkung, period tidak teratur dan selalu letih kerana degup jantung yang terlalu cepat.

Berikut adalah Pantang Larang Penyakit Tiroid :

1. Elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandun (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda juga boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.

2. Ambil makanan yang mempunyai tinggi kandungan vitamin B dan zat besi seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar.

3. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengambil ubat untuk hormon tiroid sebelum mengambil produk berasaskan soya. Soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.

4. Zat besi juga dikatakan boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.

5. Makanan yang mengandungi tinggi kadar antioksidannya seperti buah-buahan (blueberry, ceri dan tomato) dan sayuran seperti labu dan bell pepper).

6. Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.

7. Lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein dan kurangkan pengambilan daging.

8. Kurangkan juga pengambilan daging diproses dan makanan segera.

9. Gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti minyak masak.

10. Kurangkan atau elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.

11. Elakkan alkohol dan tembakau. Jika anda ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan, rujuk doktor terlebih dahulu.

12. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

 

Sumber: ohcantik.wordpress.com & Google (gambar)