Tip Agar Keju Tahan Lama
Keju merupakan produk berasaskan susu yang bukan sahaja enak di makan dan digunakan dalam pelbagai variasi makanan, malah dalam masa yang sama dapat membekalkan khasiat kepada tubuh badan. Rasa dan kelazatan keju bergantung kepada cara penyimpanannya. Keju tidak mampu bertahan dalam jangka masa yang lama kerana keju mudah berkulat. INI LAH KELEMAHANNYA! Jadi, apa yang boleh kita lakukan bagi memanjangkan tempoh penyimpanan keju?
1. Elakkan daripada membeli keju yang sudah kering dan berubah warna walaupun ia berbungkus dengan elok.
2. Sekiranya ada lebihan keju selepas digunakan, bungkus keju dengan aluminium foil bagi mengelakkan keju menjadi keras.
3. Juga boleh bungkus keju dengan plastik pembungkus (plastic wrap). Bungkus keju dalam keadaan kering.
4. Menyapu keju dengan minyak zaitun atau minyak jagung akan membuatkan keju tahan lebih lama.
5. Keju yang sudah diparut dan dipotong lebih elok dibungkus dengan kertas minyak atau aluminium foil sebelum memasukkannya ke dalam plastik. Untuk mengekalkan kelembapan keju, simpan di bahagian yang kedap udara di dalam peti sejuk.
6. Elakkan daripada menyimpan keju sama tempat dengan makanan lain yang beraroma tajam. Ini kerana keju akan menyerap bau dan merosakkan aromanya sendiri.
Sumber: Sinar Harian (3 Mei) & Google (gambar)

