Migrain merupakan penyakit yang menyerang secara kerap. Sesiapa sahaja yang mengalami migrain akan merasakan denyutan disebelah bahagian kepala sahaja. Ada yang loya, muntah dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jom lihat tanda-tanda yang anda mungkin menghidapi migrain.

1. AURA – Individu yang mengalami migrain akan melihat bintik-bintik cahaya dan garisan cahaya di mata. Bentuk cahaya ini berbeza mengikut individu. Ada individu yang melihat cahaya zig zag. Aura ini bukanlah petanda migrain sebenarnya tetapi ramai yang melihat aura ini. Aura ini berlaku disebabkan oleh gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.

2. RASA TERTEKAN – Jika anda berasa mood down dan tertekan secara tiba-tiba, ia mungkin petanda anda menghidap migrain. Satu kajian menyatakan tekanan yang terlalu akan menyebabkan migrain lebih teruk.

3. KURANG TIDUR – Orang yang menghidapi migrain tidak akan dapat tidur dengan lena, dan bangun tidur dengan lesu kerana kerap terkena serangan migrain. Jadi, ramai yang insomnia. Kurang tidur juga boleh menjadi penyebab migrain ye.

4. HIDUNG TERSUMBAT ATAU MATA BERAIR – Sesetengah orang yang ada migrain akan mempunyai simptom sinus atau resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata juga adalah tanda-tanda migrain.

5. KEINGINAN MAKAN YANG TINGGI – Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan mempunyai keinginan makan yang tinggi contohnya keinginan makan coklat.

6. SAKIT BERDENYUT DI SEBELAH KEPALA ATAU DI KEDUA-DUA BELAH KEPALA – Ini adalah tanda yang biasa di kalangan mereka yang menghidap migrain. Biasanya ia akan berasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

7. SAKIT BELAKANG MATA – Kadang-kadang tanda ini dilihat sebagai mata letih, tetapi ini sebenarnya adalah tanda sakit kepala dan migrain.

8. SAKIT TENGKUK – Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit.Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

9. KERAP KENCING – Mereka yang berkemungkinan mengidap migrain akan merasa simptom kerap ke tandas.

10. KERAP MENGUAP – Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk, ia lebih kerap berbanding biasa. Itulah tanda migrain akan menyerang.

11. KEBAS ATAU HILANG DERIA RASA – Orang yang menghidap migrain akan merasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.

12. LOYA DAN MUNTAH – Kajian mengatakan 73% pesakit migrain mengalami loya dan selebihnya mengalami muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah sembuh berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.

13. SENSITIF CAHAYA, BUNYI ATAU BAU – Pesakit migrain biasanya tidak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.

14. AKTIVITI FIZIKAL – Aktiviti fizikal seperti berjalan dan menaiki tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain.

15. PERCAKAPAN YANG SUKAR DIFAHAMI – Gangguan percakapan menandakan migrain. Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda membuat pemeriksaan doktor kerana dikhuatiri menjadi lebih teruk atau terkena serangan strok.

16. LEMAH SEBELAH BADAN – Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga petanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

 

Sumber: tipsihatselalu.com & Google (gambar)