Faedah Berpuasa Kepada Kesihatan
Antara faedah berpuasa di bulan Ramadan adalah dapat kurangkan berat badan, mengurangkan kolestrol dalam badan, merendahkan tekanan darah, mengawal glukos, stres dan banyak lagi.
Amalan berpuasa memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Berikut adalah antara kebaikan kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
1. Kurang berat
Senang untuk turun berat badan ketika berpuasa kerana anda susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur)
2. Kawalan diri
Puasa mengajar untuk mengawal pelbagai godaan termasuklah nafsu makan, merokok dan lain-lain. Kawalan nafsu makan adalah yang penting sekali untuk mengawal berat badan.
3. Kurangkan gula darah
Berpuasa dapat mengurangkan gula darah kerana tersekat dari dahur hingga berbuka (lebih 14 jam). Malah, puasa juga dapat menstabilkan glukos darah dan tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
4. Kolestrol
Berpuasa membantu mengurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein0 dalam badan.
5. Kurangkan tekanan darah
Hypertension atau tekanan darah tinggi dapat dikurangkan dengan berpuasa. Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan antara tahap insulin yang lebih rendah dan glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
6. Ubah gaya hidup
Dengan berpuasa, kita dapat mengubah gaya hidup dan membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
7. Rehat
Bulan ini lah bulan kita merehatkan badan. Puasa bukan sahaja dapat merehatkan sistem penghadaman, malah dapat rehatkan minda dan badan juga. Rehat daripada aktiviti fizikal/senaman dan beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
8. Bantu buang ketagihan
Jangan sia-siakan bulan puasa untuk mengambil langkah pertma membuang tabiat seperti meroko, minum kopi berlebihan dan sebagainya.
9. Kawal stres
Apabila berpuasa, kita mendapatkan ketenangan dan mengubahsuai fokus utama kehidupan daripada duniawi ke akhirat membantu mengurangkan stres.
10. Lain-lain
Berpuasa juga dapat memberikan kelebihan pada diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Sumber: kevinzahri.com & Google (gambar)

