Sakit Gastrik Ketika Bulan Puasa
Penyakit gastrik atau gastritis merupakan penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Mengikut pakar perubatan, penyakit gastrik apabila keradangan berlaku di lapisan permukaan perut. Antara punca kepada penyakit ini adalah jangkitan kuman, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid)
Tanda-Tanda Penyakit Gastrik
- Sakit di bahagian ulu hati
- Perut kembung
- Sendawa yang kerap
- Loya dan muntah
- Muntah darah atau najis berwarna hitam
Pantang Larang Pesakit Gastrik Ketika Ramadan
Pantang
- Makanan bergoreng
- Makanan di dalam tin (kerana kandungan asid yang tinggi)
- Minuman bergas
- Makanan yang mempunyai asid tinggi (contohnya limau, oren, tomato)
- Merokok
- Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh dan kopi
- Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
- Berbuka dengan kuantiti yang banyak
Amalkan
- Bersederhana dalam berbuka dan jarakkan pengambilan makanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu. Kemudian makan nasi separuh pinggan , ikan stim dan sayur-sayuran. Selesai terawih, makan buah-buahan, biskut oat atau roti.
- Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur.
- Pesakit gastrik dinasihatkan untuk mengambil ubat ketika sahur dan sewaktu berbuka.
- Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam.
- Minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.
- Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam dan oat.
Berjaga-jaga
- Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat. Ini kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat beri untuk pembetukan hemoglobin (darah merah)
- Jika anda mengalami sakit ulu hati yang teruk, dapatkan pandangan dokotor kerana puasa mungkin akan memudaratkan kesihatan anda. Ini kerana kajian mengatakan kandungan asid paling tinggi adalah pada waktu tengah hari.
Sumber: mmgazette.com & Google (gambar)

