Awas! Jika Anda Tidur Berdengkur
Obstructive Sleep Apnea (OSA) adalah gangguan tidur yang serius di mana pernafasan berulang kali berhenti dan bernafas kembali ketika tidur. OSA berlaku apabila tisu di dalam hidung dan kerongkong atas berehat dan runtuh (tersekat) semasa tidur dan menyebabkan laluan udara terhalang. OSA biasanya diikuti dengan dengkuran, gangguan tidur dan mengantuk di waktu siang. Kebanyakan pesakit tidak sedar yang mereka menghidapinya.
PERINGKAT
Terdapat 2 ciri gangguan pernafasan untuk OSA:
- Apnoea- Otot-otot dan tisu lembut dalam kerongkong berehat dan runtuh (tersekat) menyebabkan penyumbatan saluran udara dalam masa 10 saat atau lebih.
- Hypopnoea– Halangan sebahagian daripada saluran pernafasan yang mengakibatkan pengurangan aliran udara yang lebih besar daripada 50% selama 10 saat dan lebih. OSA dikira dengan jumlah Apnoes dan Hypopnoes dibahagikan dengan jumlah jam semasa tidur
Apnea Hypopnea Index (AHI)
Ringan: AHI = 5-15 gangguan pernafasan dalam setiap jam.
Sederhana: AHI = 16-30 gangguan pernafasan dalam setiap jam.
Teruk: AHI >30 gangguan pernafasan dalam setiap jam.
FAKTOR
Ada beberapa faktor risiko yang menyumbang kepada OSA :
- UMUR
Sleep Apnea adalah paling biasa terjadi dalam kalangan individu dewasa berumur antara 40-60 tahun. Usia pertengahan juga boleh mengalami masalah ini dengan gejala lebih teruk. Walau bagaimanapun, sleep apnea boleh menjejaskan semua peringkat umur.
- SEJARAH KELUARGA
Individu dengan sejarah keluarga yang mempunyai penyakit OSA amat berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.
- OBESITI
Obesiti adalah faktor berisiko utama untuk mendapat sleep apnea, termasuk remaja dan kanak-kanak. Obesiti boleh menyumbang kepada sleep apnea di mana simpanan lemak akan mengisi ruang tisu-tisu kerongkong.
BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
Jika anda atau pasangan mengalami empat situasi berikut, segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan.
1. Berdengkur dengan cukup kuat sehingga mengganggu tidur anda atau orang lain.
2. Sesak nafas sehingga menyedarkan anda dari tidur.
3. Pernafasan anda berhenti seketika ketika tidur.
4. Mengantuk di waktu siang yang berlebihan.
Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

