Anak remaja sememangnya sukar untuk dikawal terutama ketika mereka sedang membesar dan penuh rasa ingin tahu di dalam minda mereka. Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menjadi pemimpin yang terbaik kepada anak-anak. Apa yang patut anda lakukan bila anak remaja anda mula mengasingkan dirinya?

Mengasingkan diri adalah tanda bahawa anak anda sudah semakin menginjak dewasa. Mereka sudah mula melangkah ke dunia remaja dan perlahan- lahan berubah dengan faktor persekitaran. Sebagai ibu, anda kenalah fahami dan kenali setiap sikap dan perubahan yang mereka alami.

Mula Rasa Malu

Kanak-kanak yang mula mengindak remaja biasanya dikuasai rasa malu yang semakin menebal dan mula menguasai diri mereka. Disebabkan rasa itulah mereka mula menyendiri dan mengehadkan aktiviti sosial mereka sehingga mereka sudah mula yakin pada diri sendiri.

Mula Menginjak Dewasa

Ketahuilah bahawa itu petanda anak anda mula menginjak dewasa dan mengasingkan dirinya adalah salah satu tanda dia mahukan sedikit ruang untuk dirinya. Mungkin ruang untuk dia lebih mengenali dirinya yang baru. Berikan mereka masa.

Jangan Paksa

Jangan sesekali memaksa anak bujang atau anak dara anda untuk melakukan perkara yang tidak diinginkannya dalam tempoh waktu ini. Ketika ini mereka gemarkan kebebasan dan mula berfikir mengikut rentak sendiri. Pantau sahaja mereka tetapi jangan sesekali memaksa. Itu sudah memadai.

Fahami Kehendak

Ini masanya untuk anda menjadikan anak remaja anda sebagai rakan paling rapat. Bina hubungan yang sedikit dewasa dengan mereka misalnya berkongsi kisah cinta dan kisah sahabat karib misalnya supaya dapat menarik minat mereka. Jadikan perkongsian ini masa untuk anda lebih memahami mereka.

Jangan Manja Tetapi Bersahabat

Ada anak-anak malu jika anda mencium mereka dikhalayak ramai. Mungkin merasakan takut ditertawakan rakan dan sebagainya. Apabila mereka sudah remaja, usah lagi memanjakan mereka seperti mereka masih kecil, sebaliknya belajarlah untuk menjadi sahabat yang baik kepada mereka.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)