Bagaimana Nak Anak Istimewa Beraya Dengan Lebih Tenang Dan Selesa?
Anak-anak akan merasa gembira apabila dapat berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara di Hari Raya. Namun sedikit berbeza bagi anak-anak syurga. Sesetengahnya berasa sedikit tertekan bila dikelilingi oleh orang ramai sepanjang waktu.
Malah suasana kunjung berkunjung juga dirasakan begitu asing bagi diri mereka yang jarang-jarang berpeluang bersosial dengan orang ramai. Begitu juga menempuh perjalanan yang jauh, berjam-jam dalam kereta, masa tidur tak tetap dan semua ini boleh menyebabkan anak ini menjadi stress.
Jadi bagaimana atasinya?
1. GUNAKAN GAMBAR (VISUAL) DAN JADUAL.
Ada anak-anak yang mengikut rutin harian atau tidak selesa bila pergi ke tempat atau buat benda baru. Sebaik saja cuti dah diluluskan dan perancangan balik kampung dah buat, buatkan jadual dan terangkan kepada anak anda. Tunjukkan gambar saudara mara yang bakal dijumpa dan tempat yang bakal dilawati. Mereka akan merasa lebih selesa bila boleh agak atau jangka apa yang bakal berlaku.
2. GUNAKAN HEADPHONE
Jika anak mudah takut atau tidak selesa bila dengar bunyi yang kuat, berikan mereka headphone dan pasangkan lagu atau video kesukaannya. Maklum la raya-raya ni, mungkin ada yang main mercun, pasang vacum atau guna blender di dapur. Headphone juga berguna dalam kereta kalau anak kita jenis suka tengok satu video berulang-ulang.
3. GUNAKAN PERMAINAN SENSORY
Gunakan permainan sensori seperti fidget spinner. Anak boleh kekal tenang lama sikit bila sentiasa ada benda ditangan mereka.
4. BAGI TUGASAN
Untuk anak yang dah boleh ikut arahan, berikan tugasan kepada mereka untuk mengalihkan perhatian. Lebih jelas dan fokus tugasan tu, makin kurang stress anak-anak syurga tu. Contoh tugasan mungkin mengira atau masukkan duit raya ke dalam sampul.
5. REKA ‘SOCIAL STORIES’
Social stories adalah penerangan ringkas mengenai situasi atau aktiviti tertentu. Ia mengandungi info mengenai apa yang anak anda boleh jangkakan dari sesuatu situasi, apa yang dia perlu buat dan mengapa. Oleh sebab anak-anak syurga lebih mudah faham melalui gambar, social stories perlu mengandungi gambar. Contoh situasi untuk social stories mungkin: bila berjumpa saudara-mara di kampung – harus ucap Assalammualaikum dan salam. Atau bila terima duit raya, harus ucap terima kasih.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)

