Resepi: ‘No Bake’ Oreo Cheese Ball
Sekarang ini, masyarakat mementingkan resepi yang memudahkan dan pantas. Ingin menjamu tetamu mestilah dengan hidangan yang terbaik bukan? Tidak semestinya untuk raya sahaja dihidangkan dengan kuih atau biskut ini. Ia boleh juga dibuat untuk menjamu ketika musim perayaan atau sambutan ulangtahun.
Kali ini kami kongsikan resepi Oreo Cheese Ball. Tidak perlu bakar tau!
Bahan yang diperlukan:
- 137gm/1 paket oreo
- 100gm krim keju
- 200gm milk chocolate compound
Hiasan
- Nestum
Cara membuatnya:
- Asingkan filling oreo dan kisarnya hingga biskut oreo hancur.
- Campurkan semula oreo hancur berkenaan dengan filling oreo dan krim keju.
- Gaul semua bahan hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
- Bulatkan doh mengikut kesesuaian.
- Keraskan di dalam peti sejuk seketika.
- Sementara itu cairkan coklat menggunakan teknik double boil.
- Kemudian celup bebola oreo yang disejukkan tadi dengan coklat cair.
- Gaulkan dengan nestum.
- Sejukkan semula. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Sumber: rasa.my & google (gambar)

