Jangan Lakukan 8 Perkara Ini Semasa Di Gimnasium!
Pasti anda berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang ketika ke gimnasium bukan? Tak kurang juga ada yang menyakitkan hati kerana tidak mengikut etika dan buat seperti berada di rumah sendiri.
Walaupun nampak seperti hal yang remeh, namun anda perlu tahu tentang adab-adab yang perlu dipatuhi semasa berada di gimnasium.
Untuk keselesaan dan kegunaan bersama, patuhilah 8 peraturan ini agar anda dapat menikmati pengalaman dan persekitaran gim yang menenangkan bersama pengguna yang lain.
Jangan biarkan peralatan gim dibasahi oleh peluh

Kalau dah namanya bersenam, takkan lari daripada mengeluarkan peluh dengan banyak. Tetapi untuk menjaga kebersihan bersama, janganlah tinggalkan peluh anda di peralatan gim.
Gunakan tuala untuk mengelap peluh yang terkena di peralatan senaman selepas ia digunakan. Tambahan pula, kebanyakan peralatan di dalam gimnasium itu berasakan leather, yang mana hanya akan kering apabila di lap.
Tidak meletakkan kembali peralatan yang telah digunakan

Tidak salah selepas menggunakan peralatan tersebut, letak semula di tempat asal. Meninggalkan peralatan dalam keadaan yang tidak teratur boleh menyebabkan pengguna lain terjatuh dan cedera jika tersepak barangan tersebut.
Tidak hanya duduk di peralatan senaman

Bukan ke tujuan anda ke gimnasium adalah untuk bersenam? Ada juga individu yang hanya duduk di atas tempat senaman tersebut sambil bermain telefon, sementara orang lain terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan peralatan tersebut. Jangan jadi seorang yang pentingkan diri sendiri!
Segala peralatan adalah untuk semua orang

Lepas dia, dia. Dah nak masuk dua jam tapi masih menggunakan mesin peralatan senaman yang sama. Bagi lah peluang kepada orang lain yang ingin gunakan peralatan tersebut.
Buat panggilan telefon dengan ‘loudspeaker’

Elakkan daripada membuat panggilan telefon dengan suara yang kuat dan memasang loudspeaker. Dan elakkan juga pasang lagu kuat-kuat sambil bersenam. Pakailah ‘earphones’ jika hendak mendengar lagu. Hormat juga pengunjung yang lain yang ingin bersenam dengan aman.
Memberi tekanan pada pengguna yang lain

Menggunakan peralatan senaman selama satu jam berterusan memang agak kurang sopan. Begitu juga jika ada yang berdiri di hadapan pengguna lain sambil memandang sinis dan seperti memberi ‘petanda’ bahawa anda mahu menggunakan peralatan tersebut.
Datang lambat

Jangan datang lambat untuk ke kelas fitness atau zumba. Sama ada ia adalah sesi berkumpulan atau berseorangan bersama pelatih peribadi, sila hormati masa orang lain.
Jika anda lewat, kehadiran anda di tengah jalan mungkin akan mengganggu peserta-peserta yang lain.
Bilik persalinan bukan tempat peribadi anda

Ada yang gemar tidak memakai tuala dan bertelanjang ketika berada di bilik persalinan. Ya, mungkin anda tidak merasa apa-apa tetapi pasti ada apa yang tidak selesa dengan perbuatan anda itu.
Hormati privasi orang lain dan ingatlah bahawa bilik persalinan tersebut bukanlah ruang peribadi anda. Jaga kebersihan setiap kali menggunakannya.
Sumber: remaja.my & google (gambar)

