Bagi anak yang mempunyai masalah mata tentunya cermin mata adalah aksesori penting untuk mereka. Apabila seseorang kanak-kanak itu memerlukan cermin mata, memang mereka memerlukannya! Usah beranggapan mereka terlalu kecil untuk memakai cermin mata. Bayi atau kanak-kanak memerlukan cermin mata unuk membaiki rabun jauh, rabun dekat, astigmatism atau bagi sesetengah kes juling. Selain itu, cermin mata dapat mengelakkan daripada penglihatan menjadi lebih teruk serta mata malas.

Tiada alasan untuk tunggu lagi sekiranya terdapat gangguan penglihatan dan boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata walaupun penglihatan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Usia sekecil mana sekali pun boleh belajar memakai cermin mata.
Beri sokongan kepada anak supaya memakai cermin mata dengan tip ini.

  1. Pastikan preskripsi cermin mata adalah betul. Jika preskripsi tepat, cuba terangkan keperluan memakai cermin mata kepada si kecil.
  2. Pastikan bingkai cermin mata anak anda sesuai dan selesa dipakai.
  3. Periksa kedudukan cermin mata secara berkala bagi memastikan tidak terdapat sebarang alahan pada kulit.
  4. Pilih bingkai cermin mata tahan lama serta mempunyai tangkai yang boleh dililit pada belakang telinga. Ini menjadikan bingkai cermin mata berada pada kedudukan yang baik dan sukar ditanggalkan kanak-kanak.
  5. Pastikan mereka selesa dengan pemakaian cermin mata. Mulakan dengan memakai cermin mata untuk tempoh satu jam atau lebih dan tambahkan waktu pemakaian sehingga si kecil boleh mengadaptasi dan memakainya untuk jangka masa lebih lama. Adakalanya walaupun preskripsi cermin mata adalah betul, kanak-kanak mungkin berasa sakit mata atau pening kepala ketika proses adaptasi memakai cermin mata baru.
  6. Berikan kata-kata perangsang yang boleh menggalakkan anak memakai cermin mata
  7. Berikan pujian mengatakan mata mereka cantik, senyuman mereka lebih menawan  agar mereka berasa senang hati dan ceria.
  8. Berikan komen mengenai warna cermin mata, bentuk cermin mata bahawa ianya sesuai dengan bentuk muka dan personaliti mereka.
  9. Kata-kata perangsang atau komen yang baik akan menghilangkan rasa malu atau sedih mereka untuk memakai cermin mata.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)