Resepi: Jala Mas
Jala Mas merupakan manisan tradisional di Kelantan. Jarang kita lihat mereka yang diluar Kelantan pandai membuatnya. Jadi, apa kata anda cuba belajar bagaimana nak buat Jala Mas ini? Tidak perlu susah-susah ke Kelantan dah lah selepas ni.
Bahan yang digunakan:
- 30 biji kuning telur | ditapis
- 1kg gula
- 1kg air
- Daun pandan
- Pewarna kuning
- Kuali seeloknya guna kuali tembaga. Jika tiada, guna mana-mana kuali yang tebal.
- Acuan untuk jala mas (boleh juga guna acuan roti jala)
Cara membuatnya:
1. Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga didih dan air gula kelihatan agak pekat. Pada waktu ini, daun pandan bolehlah dibuang.
2. Kemudian kirai kuning telur yang telah ditapis ek dalam air gula tadi. Guna acuan yang bermuncung halus.
3. Untuk proses mengirai ni, kirai sikit-sikit, kemudian angkat. Boleh juga menambah sedikit air kerana air gula akan menjadi bertambah pekat. Ulang hingga habis adunan.
4. Jala mas yang siap dihasilkan, boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan pelengkap hidangan puding raja.
Selamat mencuba!
Sumber: rasa.my & google (gambar)

