3 Manfaat Mempunyai Haiwan Peliharaan Di Rumah
Kucing dan anjing adalah binatang peliharaan untuk anak yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah keluarga. Namun, tak semua orang berani membela kedua-dua binatang itu di rumah kerana hal-hal tersendiri. Namun, ini adalah kebaikan memelihara binatang di rumah.
1. Binatang peliharaan mengajarkan anak nilai-nilai murni
Bergaul bersama binatang peliharaan mengajarkan anak untuk mengenal erti tanggungjawab. Ia akan belajar bahwa binatang juga memerlukan makan, mandi, bermain, dan perhatian seperti dia. Tangan kecilnya akan belajar bagaimana untuk menyentuh dengan lembut dan penuh kasih sayang terhadap haiwan peliharaannya.
Dari bermain bersama, anak juga akan mempelajari respon balik binatang peliharaannya berdasarkan apa yang haiwan itu lakukan. Dari sini, ia belajar tentang untuk menyayangi sesama makhluk hidup.
2. Binatang peliharaan dapat meningkatkan kepercayaan pada diri
Binatang peliharaan akan mencintai manusia yang mencintai mereka. Sehingga mereka akan menemani setiap aktiviti si anak. Ketika si anak sedang bermain atau bercakap dengan haiwan tersebut, si anak akan merasakan bahawa haiwan tersebut turut mendengar dan melihat segala apa yang dilakukan.
Hal ini akan mendatangkan sifat keyakinan dalam diri si anak.
3. Binatang peliharaan baik untuk meningkatkan imunisasi anak
Anak semenjak dari bayi sudah berinteraksi dengan binatang akan sebati dengan mikroba baik yang ada pada binatang. Hal ini baik untuk meningkatkan kekuatan tubuh dan melatih anak agar tidak mudah alergi.
Dalam sebuah kajian ada menyebut bahawa bayi yang hidup dengan binatang peliharaannya jarang sekali untuk mendapat penyakit berbanding bayi yang tak mempunyai binatang peliharaan. Penelitian pada tahun 2012 menemukan fakta bahwa bayi yang hidup bersama dengan anjing peliharaan memiliki sistem imunisasi lebih kuat berbanding bayi yang tak mempunyai anjing peliharaan.
Memelihara binatang memang baik, asalkan ibu bapa turut menjaga kebersihan mereka. Penting diperhatikan juga binatang peliharaan yang biasa bermain di dalam rumah tentu saja memiliki kandungan mikrobiotik yang berbeza dengan binatang peliharaan yang sering bermain di luar rumah.
Jika ibu bapa bersetuju untuk memberi si kecil haiwan peliharaan berbulu berkaki empat seperti kucing dan anjing, pastikan binatang tersebut juga divaksin secara rutin agar kita bebas dari virus dan penyakit haiwan tersebut.
Sumber : https://id.theasianparent.com dan google (gambar)


