Salad Sayur
Bahan-bahan diperlukan:
- 100gm daging ayam bahagian dada potong dadu kecil, direbus
- 50gm brocolli, drebus separuh masak
- 50gm saderi, potong dadu
- 50gm tomato ceri, potong separuh atau jika mahu tomato besar tidak mengapa
- 50gm kentang, dipotong dadu kecil dan direbus
- 50gm lada benggala merah, direbus dan dipotong dadu kecil
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 3 sudu besar cuka epal atau dikenali “apple cider”
Cara menyediakan dan memasak:
- Campurkan secawan daging ayam, secawan brocolli, setengah cawan saderi, setengah cawan tomato, setengah cawan kentang, setengah cawan lada benggala dan gaulkan semuanya sehingga sebati.
- Tuangkan cuka epal atau “apple cider” bersama minyak zaitun dalam campuran sayur tadi.
- Hidangkan segar dan makanlah pada bila-bila masa
Sumber: http://myresipi.com dan google (gambar)

