Anda Perlu Cuba 10 Cara Nak Cantik Guna Limau Ini!
Kita sedia maklum bahawa khasiat buah-buahan citrus seperti limau nipis, limau kasturi dan lemon kaya dengan vitamin C. Malah mesti ramai wanita yang mengetahui kebaikan buah-buahan citrus ini yang berfungsi sebagai agen kecantikan.
Ini 10 cara popular untuk cantik menggunakan limau.
- Rendam badan dalam tab mandian yang dimasukkan kulit citrus untuk beberapa seketika bagi memberikan aroma badan yang segar.
- Sental kulit citrus pada badan atau campurkan kulit dan jusnya di letakkan di dalam garam mandian sebagai scrub. Ia akan menanggalkan segala kekotoran berminyak di samping memberi kesegaran sepenuhnya.
- Nafas anda akan menjadi segar apabila anda mengigit beberapa potong hirisan kulit lemon atau oren.
- Kulit kepala menjadi sihat dan bebas kelemumur dengan perahan air limau nipis di kulit kepala.
- Hilangkan sel kulit mati dengan melumur kisaran limau nipis pada keseluruhan badan.
- Amalkan selalu cara melumurkan adunan isi limau dengan minyak kelapa untuk membersihkan kuku dan jari.
- Makan sedikit kulit limau kasturi bersama airnya untuk mendapatkan bau badan yang lebih wangi dan segar.
- Kulit akan menjadi lebih putih berseri jika amalkan mencuci wajah dengan pati limau kasturi.
- Hapuskan jerawat dengan menggunakan hirisan lemon pada wajah. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air bersih.
- Campurkan jus lemon bersama minyak badam dan madu. Sapukan rata di wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci. Inilah rahsia awet muda!
Sumber: keluarga.my & google (gambar)