Masalah ini selalu terjadi apabila memasak menggunakan kunyit. Warna kuningnya susah betul nak hilang. Sampai sehari tangan warna kuning sebelum ia betul-betul hilang.

Apa nak buat ni?

1. Jangan panik jika salah satu tangan kita menjadi kuning ibarat demam kuning jadinya.  Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.

2.  Lagi satu cara yang anda boleh cuba adalah bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan. Kemudian bilas dengan sabun.

3. Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit atau kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.

4.  Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas.  Jemur di bawah panas terik.

Sumber: impiana.my & google (gambar)