Buat Perkara Ini Dengan Anak Sebelum Mereka Dewasa
Sentiasalah menikmati setiap saat bersama anak anda dengan kenangan indah sahaja kerana anak tidak akan kekal kecil selamanya.
Sebaik mempunyai anak, anda akan bergelar ibu dan ayah sepanjang hayat, tetapi anak-anak tidak akan selamanya menjadi kanak-kanak. Kadangkala kita akan rasa cepatnya masa berlalu, tahu-tahu bayi yang di dodoi sudah melepasi fasa usia bayi dan melangkah ke fasa kanak-kanak.
Jadi, jangan persiakan setiap saat bersama anak anda. Abadikan sahaja kenangan indah bersama mereka. Biarkan memori hidup mereka terakam situasi yang ‘sweet’ sahaja. Jangan lepaskan daripada membuat perkara ini dengan anak anda. Jangan sampai menyesal bila anak-anak sudah remaja dan tidak mahu lagi diperlakukan seperti anak kecil.
1. Cium dan peluk mereka
Cara yang plaing mudah untuk mengeratkan hubungan dengan anak. Sentiasalah peluk dan cium mereka sempena mereka masih kecil ini. Dengan tabiat begini, anak akan menjadi rapat dengan anak anda. Anda akan rindu untuk peluk cium mereka kerana biasanya bila semakin besar, anak-anak agak malu untuk dipeluk dan dicium di khalayak ramai.
2. Sentiasa dengar luahan mereka
Ibu bapa selalunya bercakap tanpa memperdulikan suara anak-anaka. Apa kata anda mula berubah dan sesekali cuba dengar apa pula luahan hati mereka? Tanya soalan-soalan mudah seperti ‘apa mereka buat di taska hari ini?, Apa warna kesukaan mereka? dan Siapa kawan baik mereka?’. Dengarkan cerita dan jawapan anak-anak dengan penuh perhatian.
3. Main dengan anak
Kanak-kanak belajar sambil bermain, tidak kisah sama ada mereka berusia sebulan atau 12 tahun. Perasan tak, ketika mereka bermain, mereka akan berikan sepenuh perhatian kepada aktiviti yang dilakukan. Berikan mereka permainan untuk mengajar mereka konsep yang mereka boleh belajar dan masa untuk merapatkan hubungan dengan anak tersayang. Ajarkan mereka dengan cara menunjukkan karektor mereka, minat, kegemaran dan ciri-ciri humor. Bermain bersama bermakna anda berdua berpeluang untuk memahami satu sama lain dengan lebih baik.
4. Baca buku bersama-sama
Membaca buku bersama anak adalah satu aktiviti yang bagus untuk membantu mereka belajar banyak perkara tentang kehidupan. Berikan mereka kaitan cerita yang anda bacakan dengan kehidupan seharian mereka sekaligus mereka dapat belajar menjadi anak yang lebih baik.
5. Ketawa
Ketika bersama anak-anak, jangan asyik mencari kesalahan mereka sahaja. Ketawa adalah pengubat luka. Jadi, cuba nikmati masa bersama dengan bergurau senda dan bergelak ketawa. Confirm memori indah ini akan lekat dalam kotak memori mereka.
Masa berharga bersama anak semasa mereka kecil adalah sangat singkat. Ingatlah, zaman kanak-kanak mereka hanya berlaku sekali seumur hidup. Sentiasa gembirakan dan bahagiakan anak anda serta berikan pengajaran buat anak-anak untuk menjadi manusia yang ceria dan positif.
Sumber: majalahpama.my & Google (gambar)