Hilangkan Ketagih Merokok Dengan Cuka Epal
Bulan Ramadan adalah bula terbaik untuk perokok-perokok tegar menanam azam untuk berhenti merokok. Kalau dah sebulan tidak merokok, boleh lah berhenti terus bukan?
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan si perokok, malah keluarga turut akan menerima kesan buruknya. Apabila ingin berhenti merokok, perokok akan menghadapi pelbagai kesan sampingan antaranya ialah demam, lesu, loya dan sebagainya.
Jika pelbagai cara telah digunakan tetapi tidak berjaya untuk menghilangkan ketagihan terhadap merokok, boleh mencuba petua menggunakan cuka epal ini. Dalam 3 minggu, perokok akan mula hilang ketagihan pada rokok.
Bahan:
- Cuka Epal
- 1 gelas air suam
Kaedah 1:
- Kumur Cuka Epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30saat sehingga 1 minit kemudian buang.
- Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari.
Kaedah 2:
- Ambil 3 sudu Cuka Epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.
- Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu.
Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

