Hilangkan Stress Dengan 5 Aktiviti Hujung Minggu Ini
Hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Cuti hujung minggu adalah masa yang sesuai digunakan untuk menghilangkan tekanan setelah lima hari bekerja. Jom tengok antara aktiviti-aktiviti hujung minggu yang boleh dilakukan bersendirian mahupun bersama keluarga atau kawan-kawan.
Berjalan Di Tepi Pantai
Jika anda merasa tertekan ketika berada di tempat kerja, ambil masa hujung minggu anda untuk berjalan di tepi pantai. Ia bukan sahaja dapat memberikan ketenangan malah dapat membantu merehatkan otak yang penat bekerja. Kita beruntung kerana Malaysia mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik dan anda boleh berehat dengan tenang sambil menikmati keindahan pemandangan di tepi pantai.
Mendaki
Aktiviti mendaki amat sesuai buat mereka yang gemarkan aktiviti yang lebih lasak. Tidak perlu untuk mendaki gunung jika tidak mampu, boleh hanya cuba mendaki bukit. Di Malaysia terdapat banyak bukit-bukit yang menawarkan pemandangan yang indah lagi tenang. Aktiviti bukan sahaja boleh dilakukan sendirian, malah secara berkumpulan juga.
Berkayak
Aktiviti berkayak merupakan salah satu aktiviti lasak dan menyeronokkan namun jarang dilakukan kerana tempat berkayak adalah terhad. Bukan sahaja menyihatkan badan, malah melatih lengan dan mencabar keupayaan anda.
Berbasikal
Ramai yang meminati aktiviti ini dan kebanyakkan taman rekreasi di Malaysia ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Anda boleh berbasikal sambil melihat pemandangan sekeliling. Bahkan, berbasikal boleh juga dijadikan sebagai rutin senaman harian.
Berenang
Sesuai dengan musim panas di Malaysia, aktiviti bermain air ini memang seronok untuk sejukkan badan anda. Aktiviti ini boleh dilakukan di pelbagai lokasi percutian seperti di pulau-pulau, di tepi sungai ataupun di air terjun.
Sumber: jelita.com.my & Google (gambar)