Jenis Makanan Yang Mempunyai Omega 3
Omega 3 merupakan satu jenis lemak tidak tepu yang akan membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan dan memastikan sistem badan anda berfungsi dengan baik. Oleh itu, pilihan makana yang mengandungi Omega 3 adalah penting untuk tubuh badan anda. Antara makanan yang mempunyai Omega 3 ini adalah :-
Ikan Tuna
Kandungan asid lemak omega 3 di dalam ikan tuna menjadikannya antara sumber protein yang tinggi dan mampu mempercepatkan pembentukan rangkain otak yang lebih baik.
Ikan Mackerel
Turut mengandungi asid lemak omega 3, ikan mackerel atau tuna membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi.
Ikan Salmon
Ikan salmon mampu memperbaiki tahap kecerdasan kanak-kanak dan meningkatkan daya ingata melalui kandungan omega 3 3 yang tinggi di dalamnya.
Telur
Telur ayam dan telur itik mengandungi omega 3 yang sangat tinggi. Walaupun harganya lebih mahal berbanding telur biasa, ia amat berbaloi demi kesihatan keluarga.
Jenis Kekacang
Pelbagai jenis kekacang seperti badan, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya mampu memberikan sumber protein yang terbaik bagi kesihatan jantung dan tisu otak melalui kandungan omega 3 nya yang cukup tinggi.
Bayam
Sayur bayam kaya dengan zat besi, serat dan kalium yang berfungsi menghindari tubuh daripada gangguan anemia. Malah, bayam turut mengandungi omega 3. Keperluan omega 3 pada tubuh ditampung melalui pengambilan bayam setiap hari.
Kangkung
Harganya murah dan khasiatnya banyak. Selain mengandungi omega 3, kangkung juga mempunyai kuantiti serat yang tinggi, vitamin A dan C.
Belut
Kandungan omega 3 dan protein yang baik untuk kesihatan yang terdapat dalam belut membantu mengatasi masalah sembelit serta meningkatkan perkembangan saraf otak kanak-kanak.
Makanan Laut
Bukan sahaja makanan laut seperti ikan yang hanya mengandungi omega 3, malah hidupan laut seperti udang, ketam dan kerang juga mengandungi bahan istimewa ini.
Ikan Keli
Ikan keli dapat mempercepatkan permbesaran anak-anak secara normal serta dapat meningkatkan kecerdasan minda melalui kandungan protein dan omega 3 yang terdapat di dalamnya.
Yogurt
Kandungan bakteria baik dan omega 3 yang tinggi di dalam minuman yogurt dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan perut atau sistem penghadaman.
Brokoli
Brokoli mengandungi kandungan beta karoten, omega 3, serat dan bermacam-macam lagi. Omega 3 dalam brokoli berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat yang berada di dalam badan dan menjaga kesihatan jantung agar dapat berfungsi dengan lebih optimum untuk mengepam darah.
Sumber: Majalah Rasa