Jubin Di Bilik Air Berlumut? Guna Saja 3 Bahan Ini
Jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot apabila lambat dibersihkan. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci. Bilik air lah kawasan paling banyak bakteria tau!
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Berikut adalah tiga bahan semula jadi yang selamat untuk digunakan bagi membersihkan jubin bilik air.
Bahan yang diperlukan:
- 7 cawan air
- 1/2 cawan soda
- 1/3 cawan jus lemon
- 1/4 cawan cuka
Caranya:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
- Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Tip:
- Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
- Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
- Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
- Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
- Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
- Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
- Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
- Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
- Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Sumber: keluarga.my & google (gambar)