Keadaan Kulit Anda Apabila Anda Bersenam
Ramai yang beranggapan kalau kita selalu bersenam, kulit akan ada masalah kerana sentiasa berpeluh? Yeke? Ehh mana adalah!
Kalau anda nak tahu, senaman boleh memberikan anda kulit yang sangat cantik. Tidak kiralah lelaki mahupun wanita, sama sahaja. Tak percaya? Jom kita selongkar satu per satu.

-
Detoks Pori-pori
Bayangkan peluh itu seperti anda mengewap wajah ketika facial. Menurut Dr Hale, ia boleh menyebabkan liang pori mengembang dan mengeluarkan bakteria dan sebum. Tetapi kalau anda memakai solekan, anda tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya. Lapisan itu menghalang daripada kotoran ini semua keluar malah boleh lebih menyumbatkan pori.
- StrobingS Semula Jadi
Bila bersenam, jantung kita berdegup lebih pantas dan mengepam lebih banyak darah. Kebanyakan daripada aliran tambahan itu pergi ke organ paling penting iaitu otak, dan wajah kita mencerminkan deruan ke atas itu dengan warna kemerahan dan kemekaran itu bertahan lama walaupun dah lama habis bersenam.
- Memperbaiki Tekstur Kulit
Senaman mengurangkan tekanan, yang menurunkan kortisol iaitu hormon yang memuncak bila anda rasa lesu dan terlalu penat. Bila tahap kortisol terlalu tinggi ia boleh membawa kepada penghasilan minyak berlebihan serta penurunan kolagen. Kawal ia dengan senaman bermakna kuranglah jerawat, liang pori lebih halus dan kulit lebih anjal.
- Melawan Sembap
Bersenam dapat mencantikkan bentuk tetapi ia juga boleh menunjukkan immediate slimming. Menurut Dr Frank, ia membantu alirkan lebihan cecair jadi kamu tak kelihatan kembang.
- Melambatkan Penuaan
Menurut pakar kulit di NYC iaitu Joshua Zeichner, kajian menunjukkan senaman dapat meningkatkan tenaga sel kulit, menambah metabolism sel dan penghasilan kolagen.
Sumber : cosmopolitan

