Kegunaan Deodoran Bukan Untuk Ketiak Sahaja? Apa ‘Bahagian’ Lain Yang Boleh Dikenakan Deodoran?
Deodoran adalah bahan yang dipakai di ketiak untuk mengatasi masalah bau badan. Selain daripada bertujuan mengatasi masalah bau keringat, deodoran dapat juga memelihara kelembapan semuala jadi pada kulit tau. Berikut adalah tiga fungsi lain deodoran yang mungkin anda tidak tahu.
Mengurangkan Masalah Melecet
Oleh kerana seluar yang dipakai terutamanya dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Untuk itu, sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu, tapi usahlah berlebihan okay?
Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Kemudian, sarunglah kasut baharu anda.
Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit menurut laman web purewow.com. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
Ingat! Kulit kita berbeza antara satu sama lain. Kegunaan deodoran yang disenaraikan ini mungkin membantu sesetengah daripada anda, tetapi tidak berkesan kepada yang lain. Untuk mengetahuinya, anda haruslah mencubanya terlebih dahulu.
Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)