Kekal Awet Muda Dengan Buahan
Masalah penuaan pada kulit wajah semestinya merunsingkan. Disamping usia semakin meningkat dan bebanan kerja yang tidak berkesudahan, rawatan luar yang mahal harganya turut menambahkan kebimbangan untuk mengekalkan kejelitaan wajah.
Kepelbagaian produk kecantikan di pasaran membuatkan anda lupa bahawa makanan yang anda ambil sebenarnya boleh dijadikan ‘zat’ untuk mendapatkan kulit yang sihat. Tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh menggunakan buah-buahan segar untuk membantu merawat masalah penuaan? Bukan sahaja selamat digunakan malah ia juga murah dan mudah didapati. Pastinya anda akan tampak lebih muda daripada usia sebenar selepas ini!
MANGGA
Vitamin A dan C yang ada di dalam buah mangga berfungsi mencerahkan dan menghasilkan sel kulit untuk tampak lebih lembut dan muda.
TIP
- Kisar hirisan mangga dan putih telur
- Sapukan pada wajah sehingga ke leher
- Biarkan selama 15 minit sebelum basuh dengan air bersih
- Sapu losen pada wajah
TOMATO
Buah tomato merupakan buahan yang tinggi dengan kandungan lycopene yang menjadi penghalang sinar UV secara semula jadi.
TIP
- Tampalkan hirisan tomato pada wajah
- Atau hancurkan tomato dan dijadikan topeng wajah sebelum tidur
TIMUN
Lebih baik setiap hari anda dimulakan dengan mengambil jus timun. Kandungan warna hijau pada timun akan membantu melembapkan kulit anda.
TIP
- Kisar 1 cawan nenas bersama 1/2 timun dan 1/2 epal hijau dan diamalkan sebagai minuman setiap hari bagi membantu membuang toksin kotor yang merupakan penyebab kulit kelihatan lesu.
STRAWBERI
Buah strawberi aalah sumber vitamin C yang paling berkesan untuk mencerahkan kulit. Ia bukan shaja kaya potasium, folat dan serat, malah kaya juga dengan antioksida.
TIP
- Hancurkan tiga biji buah strawberi
- Sapukan pada wajah
- Biarkan selama 10 minit sebelum basuh dengan air bersih
LIMAU GEDANG
Selalu terdedah kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari dan asap rokok boleh mematikan kulit anda. Bagi membantu mempertahankan kulit, pengambilan buah oren adalah digalakkan kerana ianya kaya dengan antioksida.
TIP
- Campurkan bersama hirisan buah-buahan lain sebagai salad
Sumber: Majalah Hijabista (hijabista.com.my) & Google (gambar)