Khasiat Durian, Si Raja Buah
Buah durian sememangnya tidak asing bagi penduduk Asia terutamanya di kawasan Asia Tenggara. Musim durian yang dipanggil raja buah itu cukup dinanti-nantikan oleh penggemarnya. Mungkin ada sesetengah mereka tidak suka akan bau dan rasanya yang ‘kuat’ tetapi tahukah anda sebenarnya durian mengandungi seribu satu khasiat dan kebaikan yang baik untuk tubuh badan?
Ketahui fakta-fakta mengenai durian ini supaya anda boleh berkongsi bersama penggemar durian yang lain atau membuatkan mereka yang tidak suka durian, akan menyukai durian juga!
Memastikan tubuh lebih bertenaga
Durian mampu memberikan karbohidrat yang diperlukan tubuh iaitu sebanyak 21% dengan hanya mengambil 100gram isinya. Ia juga boleh menyalurkan lebih banyak tenaga pada tubuh dengan segera selepas di makan.
Mengatasi tekanan
Kandungan B6 dalam buah durian berperanan menghasilkan serotoning yang membantu mengatasi masalah tekanan.
Nutrisi buat tulang dan gigi
Bukan sahaja kaya dengan vitamin B6, buah durian juga kaya dengan kandungan kalsium, kalium, vitamin B1 dan B2. Kesemua khasiat ini membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Awet Muda
Durian mengandungi khasiat vitamin C yang tinggi. Vitamin C sememangnya diketahui ramai boleh melambatkan proses penuaan pada kulit tubuh dan wajah.
Sistem cerna yang sihat
Kandungan serat yang tinggi dalam buah durian akan membantu memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar.
Solusi kepada masalah anemia
Khasiat folat, tembaga serta zat besi yang terkandung dalam buah durian ini membawa peranan penting dalam mengatasi gejalan anemia atau kurang darah.
Sumber: eh.com.my & Google (gambar)