Apa yang anda buat setiap kali berdiri di depan cermin? Takkan lah asyik nak tengok gaya tudung, rambut dan sebagainya sahaja? Pernah terlintas tak untuk check lidah anda? Ye check warna lidah!

Tahu tak, dengan hanya tengok warna lidah sahaja anda boleh dapat detect apa penyakit yang sedang anda alami ketika ini. Haa bila dah tahu tu, jangan lupa jumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Abang Brian tak pastilah kalau anda perasan ke tak setiap kali kalau anda jumpa doktor, dia akan suruh anda nganga mulut dan jelirkan lidah? Haa ini lah sebabnya!

Jom kita tengok apa penyakit disebalik warna lidah anda.

  • Merah Jambu – Tahniah! Anda seorang yang sihat!! Teruskan menjaga kesihatan anda!
  • Kuning – Ia bermaksud peratusan sel darah kuning dalam darah anda tinggi. Mungkin akan terkena demam kuning, cepat dapatkan nasihat doktor!
  • Merah Pucat – Kemungkinan anda mengalami penyakit anemia atau kekurangan darah.
  • Kebiru-biruan – Menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan jantung dan organ pernafasan anda.
  • Putih – Kebanyakkan individu yang mempunyai lidah bewarna seakan-akan putih, itu bermaksud anda sedang mengalami gangguan pada sistem pencernaan tubuh anda.

Abang Brian harap dengan perkongsian ini dapat membuka mata anda untuk mengambil tahu tentang kesihatan anda. Sila dapatkan pemeriksaan lanjut dan jangan ambil lewa tentang kesihatan anda.

INGAT, anda sahaja yang dapat menyelamatkan tubuh anda. Bukan orang lain!

Sumber : myhealth