Hal kesuburan kadang kala menjadi masalah apabila anda sudah lama berkahwin. Kalau mula-mula kahwin tu, hal tersebut bukanlah perkara nombor satu dalam kepala. Apabila mula masuk setahun, dua tahun barulah terasa ada masalah dengan kesuburan jika anda tidak mengandung lagi.

Sememangnya hal ini adalah urusan Tuhan tetapi janganlah sesekali kita tidak berusaha untuk memastikan kesuburan kita di tahap optima sepanjang masa. Jom ambil tahu beberapa ‘pantang larang’ yang perlu anda ambil kisah dan tindakan segera.

1. Kawal berat badan

Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat.

2. Pilih makanan sihat

Makanan yang baru dimasak, buah-buahan segar dan juga sayuran. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan. Ketiga-tiga jenis makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.

3. Jauhi kafein

Kafein memang baik untuk merangsang otak anda tetapi ianya tidak bagus untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari.

4. Elak aktiviti berat

Aktiviti berat berisiko ‘sukar mendapatkan anak’. Ini bermaksud kesuburan anda juga akan terjejas akibat aktiviti seperti mengangkat barangan berat melebihi 20kg. Biarkan barang-barang berat ini diangkat oleh orang laleki. Jangan terlalu memaksa diri.

5. Lakukan pemeriksaan rahim

Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta tanya kepada doktor sekiranya anda ada masalah lain yang perlu diselesaikan. Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)