Petua Doh Biskut Tidak Melekat Pada Acuan Baru
Tiba masanya ramai sedang mencuba dan rajin membuat biskut raya. Yelah, raya dah dekat kan? Kena la cuba mana yang jadi dan sedap, boleh bagi pada tetamu di pagi raya.
Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan terus digunakan akan menyebabkan doh biskut melekat dan susah dikeluarkan dari acuan? Lebih-lebih lagi biskut yang anda bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar. Contohnya acuan membuat biskut kapal, tat, biskut lidah kucing dan sebagainya.
Berikut adalah petua bagaimana nak mengatasi masalah ini. Cubalah!
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.
3. Kemudian susun di dalam dulang dan masukkan seketika ke dalam ketuhar pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan.
Sumber: rasa.my & google (gambar)

