Nampak je kecil dan tidak berbahaya tetapi kehadiran cicak di dalam rumah boleh mengganggu anak-anak kecil dan juga haiwan peliharaan.

Jika kita biarkan, nanti ia akan menjadi penghuni dan membiak melalui perabot kita di dalam rumah. Jadi, bagaimana cara nak elakkan cicak masuk ke dalam rumah? Guna bahan ini.

Kulit Telur 

Cicak tidak suka kepada bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu bagi mengelakkan cicak masuk ke dalam rumah.

Serbuk Kopi 

Gaul serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam bekas. Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapukan sedikit gam di atas nya sebelum lalukan pada serbuk yang telah digaul tadi. Letak di tempat yang boleh di masuki cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati jika termakan serbuk ini.

Bawag Putih / Bawang Merah 

Cicak juga benci pada bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak sahaja bawang di tingkap atau pintu rumah. Anda juga boleh mengisar bawang dengan sedikit air dan sembur di sekeliling rumah.

Lada Hitam 

Cicak tidak tahan dengan rasa pedas. Oleh itu anda boleh cuba masukkan lada hitam, serbuk cili dan air ke dalam botol spray. Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah.

Ply Paper 

Lekatkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Cicak akan melekat pada ply paper ini jika melaluinya dan ini memudahkan anda untuk membuang cicak yang tersekat.

Air Sejuk 

Air sejuk boleh melumpuhkan pergerakan cicak. Hanya semburkan pada cicak yang masuk ke dalam rumah.

Sos Tabasco 

Masukkan campuran air dan sos Tabasco ke dalam botol spray. Sembur belakang almari, rak dan dinding. Bau tajam daripada camburan tadi akan membuatkan bukan sahaja cicak lari, malah serangga lain juga tidak berani dekat.

Bulu Ayam 

Cuba gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah. Cicak takut dengan burung. Apabila cicak melihatnya, ia akan segera menjauhkan diri.

Perangkap Tikus 

Bukan hanya untuk tikus sahaja, malah perangkap ini juga boleh digunakan untuk menjerat cicak.

 

Sumber: siraplimau.com & Google (gambar)