Petua Hilangkan Lilin Pada Buah Anggur
Buah anggur biasanya diselaputi putih-putih macam lilin tu untuk bagi buah tak cepat rosak. Ya, ramai orang yang hanya cuci buah dengan air paip dan kebanyakkan mereka tak tahu apa yang disemburkan pada buah untuk nampak segar dan tahan lama.
Walaupun nampak cantik dan segar, tidak semestinya ia bersih. Ini perkongsian petua mencuci buah anggur.
Bahan yang digunakan:
- Tepung gandum
- Anggur
- Bekas
Caranya:
- Cuci buah dengan air garam.
- Selepas itu tos kan dan letak tepung gandum. Gosok-gosok sedikit buah anggur tersebut.
- Biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Sumber: mingguanwanita.my & google (gambar)

