Petua Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Pada Blender
Kepada yang suka menghabiskan masa di dapur dengan memasak, mesti berhadapan dengan masalah apabila blender yang digunakan mempunyai kesan kuning kunyit didalamnya kan?
Walaupun sudah membersihkannya berulang kali tetapi kesan itu tetap ada. Hari ini Abang Brian nak kongsikan petua untuk anda menghilangkan kesan kuning kunyit itu.
Yang penting, kena rajin amalkan ye. Jangan ingat dah buat sekali, terus boleh hilang.
- Masukkan sedikit peluntur ke dalam blender tersebut dengan sedikit air suam dan kisarkan air itu sehingga kesan kuning hilang.
- Selepas itu, gosok bahagian kuning itu dengan menggunakan hampas kelapa atau kulit limau nipis.
SELAMAT MENCUBA!

