Bila masak sesuatu hidangan yang memerlukan anda untuk menggunakan kunyit, sudah pasti warna kekuningan kunyit itu akan melekat pada tapak tangan anda atau pun pada pakaian anda. Mungkin ada sesetengah daripada anda tidak tahu bahawa kunyit sangat bagus untuk rawatan wajah anda.

Jom kita lihat antara cara untuk menghilangkan warna kuning kunyit pada tapak tangan dan pakaian anda.

  • TANGAN

Sapukan minyak zaitun ke kulit anda dan gosok dengan menggunakan kain bersih yang suam.

  • PAKAIAN

Selalunya kita hanya menggunakan serbuk basuh baju sahaja kan? Haa apa kata anda cuba campurkan sedikit baking soda dan sedikit air sebelum gosokkan ia pada kawasan yang terkena kunyit itu. Selepas itu cuci dengan menggunakan air bersih. Anda boleh ulang seberapa banyak yang mungkin sehingga warna itu hilang.

Lemon juga mempu menanggalkan warna kuning kunyit pada pakaian anda. Hanya potong buah lemon dan gosokkan pada kawasan yang diingankan. Selepas itu jemur pakaian itu tadi dibawah sinaran matahari sehingga warna kuning itu hilang. Akhir sekali, cuci pakaian anda dengan menggunakan serbuk basuh baju.

SELAMAT MENCUBA!