Sebelum ini Abang Brian ada kongsikan bersama anda tentang petua untuk melebatkan rambut. Petua itu khususnya untuk mereka yang sememangnya ada rambut dan ingin melebatkannya lagi.

Kali ini pula Abang Brian mahu kongsikan lagi satu petua untuk suburkan rambut. Haa beza tau, subur dan lebatkan. Petua ini sangat bagus diguna pakai untuk individu yang memiliki rambut tetapi jarang-jarang dan ia nampak seakan-akan botak.

Perlu diingatkan, kemungkinan hal ini terjadi kerana tahap kesuburan kulit kepala anda. Jom kita tengok antara petua yang boleh anda guna pakai jika anda mengalami masalah seperti ini.

Petua #1

  1. Tebang sebatang pokok pisang dan buat lubang pada bonggolnya
  2. Selepas itu embunkan semalaman untuk mengumpul sejumlah air pada lubang bonggol tersebut
  3. Gunakan air itu untuk diratakan dan diramas pada rambut dan kulit kepala
  4. Sesudah itu, bilas rambut dengan air bersih
  5. Amalkan 3 kali seminggu

Petua #2

  1. Ambil beberapa helai daun lidah buaya, cuci dengan bersih dan potong kepada 2 bahagian untuk mendapatkan lendirnya
  2. Gosok lendir itu ke atas kawasan rambut anda dengan rata sambil dipicit-picit kulit kepala anda
  3. Biarkan selama 15-20 minit sebelum mencucinya dengan air bersih.
  4. Amalkan 3 hari berturut-turut