Resepi: Bubur Kacang Merah
Tiba-tiba tekak ini rasa nak makan bubur kacang merah sebagai pemanis mulut ketika berbuka nanti. Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya senang sahaja. Kali ini #30ResepiRamadhanAbangBrian nak kongsikan resepi Bubur Kacang Merah ‘shortcut’. Boleh lah cuba buat untuk juadah berbuka nanti.
Jom tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya:
Bahan yang diperlukan:
- 1 cawan kacang merah
- 4 cawan air
- 4 sudu besar gula perang/ gula melaka
- 1 ikat daun pandan
- Secubit garam
- 1 cawan santan
Cara membuatnya:
- Dalam pressure cooker , masakkan kacang merah, air, daun pandan dan gula untuk 20 minit (tekanan tinggi). Jika tiada presure cooker,
- Bila kacang merah cukup empuk, masukkan santan dan secubit garam. Panaskan sehingga sebati.
- Jika tiada pressure cooker, rendamkan kacang merah semalaman dulu dan renehkan dlm periuk atas api sederhana lebih kurang 1 jam
Selamat mencuba!