Resepi: Buttermilk Waffles
It’s a Waffle Day! Sempena hari Waffles sedunia ini, Abang Brian nak kongsikan resepi membuat waffle. Confirm senang punya!
Jom kita tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana membuatnya.
Bahan yang diperlukan:
- 2 cawan tepung serbaguna (diayak)
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan buttermilk rendah lemak
- 1/2 cawan mentega (dicairkan)
- 2 biji telur
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 275 darjah celcius.
- Dalam mangkuk sederhana, pukul tepung, gula, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, pukul mentega, buttermilk dan telur; campurkan dengan tepung dan gaulkan sehingga adunan bercampur.
- Panaskan tempat membuat waffle mengikut arahan pengeluar. Sapukan sedikit minyak.
- Tuang adunan ke tempat membuat waffle dan biarkan 1/2 inci ruang pada setiap sisi.
- Tutup mesin pembuat waffle; masak selama 3 hingga 5 minit atau sehingga waffle berwarna coklat keemasan dan rangup.
- Selesai memasak, pindahkan ke dalam ketuhar untuk mengekalkan kehangatannya.
- Ulangi dengan adunan yang ada sehingga adunan habis.
Selamat mencuba!
Sumber: marthastewart.com & google (gambar)