Abang Brian selalu kirim ikan patin masak tempoyak bila ada kawan yang akan balik ke Pahang. Yela, rasanya semua orang tahu makanan ini merupakan makanan yang paling popular dekat area Temerloh, Pahang.

Tapi sampai bila asyik nak kirim kawan masakkan untuk kita kan? Kita pun kenalah belajar masak sendiri kalau tak tahu. Sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu yang baru.

Jom kita tengok antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan patin disiang selepas itu cuci dengan menggunakan tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
  • 20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
  • kunyit hidup 2 inci
  • tempoyak ikut kepekatan
  • daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
Cara penyediaan :
  • Tumbuk cili api dan kunyit.
  • Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
  • Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum.Masak sehingga mendidih.
  • Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!

 

Sumber : dapurmalaysia