Masakan kari sememangnya digemari ramai. Tidak kisah lah kari ayam, kari ikan atau kari kambing. Sebut je kari, dah boleh bau dengan bayangkan sahaja. Kali ini kami kongsikan resepi Kari Daging yang kaw untuk anda semua.

Bahan yang diperlukan: 

  • 500gm daging | dipotong kiub
  • 2 biji ubi kentang | dibelah empat
  • 3 biji bawang merah | dihiris
  • 6 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 sudu makan rempah serbuk kari daging
  • 1 tangkai daun kari | dilurut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 500ml santan cair
  • 250ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga keperangan.
  2. Kemudian masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis dengan api perlahan sehingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan daging dan kacau sehingga airnya menjadi agak kering.
  4. Setelah itu, masukkan pula santan cair dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan pula ubi kentang dan masak sehingga empuk.
  6. Selepas itu, masukkan santan pekat dan perasakan secukupnya. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
  7. Akhir sekali, apabila kari sudah menggelegak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my