Resepi ‘Korean Spicy Rice Cake’
Kadang-kadang tekak kita ini mesti terasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Yela, tak akan asyik makan benda yang sama je kan? Nak juga makan makanan ala-ala orang Korea.
Tidak salahnya kalau anda mencuba resepi anda sendiri dengan mencampur bahan-bahan yang lain mengikut citarasa anda sendiri.
Contohnya seperti resepi yang Abang Brian lihat di website myresepi.com yang berjaya menarik minat Abang Brian nak cuba di rumah nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Rice cake @ garaetteok yang dah siap.
- Fishball/Fishcake/Jejari ketam/atau yang seangkatan.Sayur-sayur kalau suka.
- Minyak untuk tumis.
- Bawang putih di ketuk atau hiris nipis.
- Serbuk cabai.
- Kicap.
- Cuka (optional)
- Garam.
- Gula.
- Kiub ayam @ ikan bilis
- Air.
Cara penyediaan:
- Keluarkan rice cake dari peti.rendam dalam air.
- Bancuh serbuk cabai dengan sikit kicap dan sikit air agak-agak bagi pekat jadi pes cabai.
- Tumis bawang putih sampai naik bau.masukkan pes cabai tadi dan tumis.masa ni hati-hati jangan sampai cabai hangit.masukkan air sikit kalau rasa kering sangat supaya cabai tak hangit.kacau sampai cabai masak.
- Masukkan air agak-agak banyak mana jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat mungkin dalam 1-2 cawan air.Masukkan garam gula,kiub ayam@ikan bilis dan cuka.
- Basuh rice cake yang rendam tadi.masukkan rice cake,fish ball @ fish cake,sayuran dan segala bahan sampingan yang nak guna masukkan semua.
- Rebus semua tadi dengan api sederhana sampai kuah dia jadi pekat.