Mood memasak diwaktu pagi kadang-kadang lari kerana kepenatan pada malam hari. Tapi disebabkan sarapan itu penting kena juga masak untuk sarapan pagi. Ini kami kongsikan resepi mudah yang bukan hanya boleh dibuat ketika sarapan pagi, untuk minum petang pun boleh.

Jom lihat apa bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 6 batang sosej | dipotong dua
  • 6 keping puff pastri segera |dibiarkan pada suhu bilik
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 

1.    Ambil sekeping kulit puff pastri.

2.    Letakkan sosej di bahagian hujung dan gulung dengan kemas.

3.    Lakukan proses menggulung sehingga habis.

4.    Panaskan minyak dan goreng sehingga pastri kelihatan kekuningan dan garing.

5.    Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau bersama sos dan mayones.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)