Kepada yang gemarkan Chicken Buttermilk, apa kata anda cuba pula resepi Udang Buttermilk. Haa, sedap juga tau kalau udang dimasak buttermilk. 

Jom Abang Brian kongsikan resepi Udang Buttermilk untuk anda semua cuba hidangan ini pula. 

Bahan-bahan :

  • Udang besar dlm 10 ekor
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • Daun kari 3 batang
  • 2 sudu butter atau mentega
  • 1 sudu kecil serbuk kari 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • Setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)

 Cara-cara penyediaannya :

  1. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit, goreng udang sampai masak tetapi jangan terlalu garing
  2. Pada kuali lain, masuk kan butter dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari
  3. Masukkan serbuk kari dan susu cair, masak sampai kuah pekat.
  4. Selepas itu campurkan udang, perasa, garam dan gula [ikut citarasa anda]