Entri kali ini merupakan #ResipiHALAL yang ketiga Abang Brian ingin kongsikan bersama anda. Kepada yang terlepas dengan resipi pertama dan kedua, boleh check it out di abangbrian.com .

Hari ini juga merupakan hari ketiga masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, jadi tak salah kalau Abang Brian ingin kongsikan antara resipi-resipi yang wajib ada ketika Tahun Baru Cina.

Resipi kali ini adalah LONGEVITY NOODLES dan ia merupakan mi paling panjang jika dibandingkan dengan mi yang lain.

Tahu tak kenapa setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, masyarakat Cina tidak pernah ketinggalan untuk menjadikan Longevity Noodles sebagai santapan mereka? Haa ada maksud disebalik mi ini!

Untuk pengetahuan anda, maksud ‘Longevity’ adalah melambangkan hasrat masyarakat Cina untuk dipanjangkan umur dan mereka percaya bahawa cara penyediaannya juga menjadi simbolik tentang kehidupan

Jom kita lihat antara bahan yang diperlukan dan cara penyediaan Longevity Noodles ini:

Bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 5 bawang merah, dihirs
  • 2 bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dihiris nipis

Bahan B

  • 50g cendawan shitake, direndam dlm air panas 10 minit
  • “Fish maw” direndam air panas 15 mins
  • Cendawan kulat kering

Bahan C

  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos plum
  • 75ml stok ayam buatan sendiri (rujuk resipi & video stok ayam abg brian)
  • 100g brocoli
  • 1 keping fucuk, digoreng
  • straw mushroom dan fungus 
  • soo hun, direndam

Cara Penyediaan:

  1. Tumiskan semua bahan A dengan minyak secukupnya sehingga harum.
  2. Masukkan bahan B dan C dan biarkan mereneh sehingga cendawan cukup lemnbut
  3. Masukkan kesemua bahan lain dan biarkan mereneh sehingga brocoli cukuo lembut,
  4. Sedia dihidangkan!